SEJARAH PASUKAN










MUTIARA KATA PEGAWAI MEMERINTAH

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim.

            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan syukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, pasukan 8 RRD (Para) telah berjaya menyempurnakan Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-panji Rejimen sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Pasukan yang ke-45 pada 17 Mac 18 yang lepas. Kejayaan menyempurnakan majlis yang gilang gemilang ini adalah hasil kerja keras semua Pegawai dan anggota 8 RRD (Para) sendiri. Saya sangat berbangga kerana dikesempatan majlis itu juga, pasukan berjaya mengumpul semula mantan-mantan Peg Mem,SMR, PTT Kanan dan veteran-veteran 8 RRD/8 RRD (Para) yang telah menjulang tinggi serta mewarnai sejarah pasukan sejak ditubuhkan pada tahun 1973. Dengan pelaksanaan majlis tersebut,maklumat yang diterima oleh mantan-mantan Peg Mem, SMR, PTT Kanan dan veteran pasukan ini, sedikit sebanyak telah dapat membantu dalam menyiapkan Buku Profil Pasukan 8 RRD (Para) ini.


i
Sememangnya, terlalu banyak sejarah yang telah mewarnai pasukan dan telah menaikkan nama baik pasukan ini. Kejayaan di dalam operasi, latihan, pentadbiran dan juga sukan telah menjadikan nama pasukan 8 RRD (Para) berada di kelas yang tersendiri ketika ini. Usaha membukukan sejarah pasukan melalui Buku Profil Pasukan ini dilihat adalah satu tindakan yang sangat positif untuk memelihara sejarah yang telah dilakar oleh pemimpin dan anggota pasukan yang terdahulu yang sekian lama dilupakan. Sekiranya sejarah ini tidak dipelihara, sudah tentu ianya sedikit demi sedikit akan hilang ditelan zaman.

Akhir kata, saya selaku Pegawai Memerintah pasukan ini berharap agar dengan adanya Buku Profil Pasukan ini, dapat menjadikan sebagai panduan dan juga benchmark kepada para Pegawai dan anggota untuk sentiasa bersemangat menjaga nama baik pasukan dan seterusnya membawa nama pasukan terus konsisten berada di puncak kecemerlangan yang menjadikan pasukan 8 RRD (Para) antara sebuah pasukan yang paling di segani di dalam Rejimen Renjer DiRaja (RRD) khasnya dan Tentera Darat (TD) amnya. Saya juga berharap agar usaha memelihara sejarah dan tradisi pasukan seperti ini akan diteruskan di masa akan datang. Sekian, terima kasih.   




Muhammad Samzie bin Gusang
Lt Kol
Pegawai Memerintah















ii
 




ISI KANDUNGAN

Bil
Perkara
Muka Surat
(a)
(b)
(c)
1.      
Pengenalan.

a.         Sejarah Penubuhan Pasukan.

b.        Lambang Pasukan.

c.         Panji-panji Pasukan.

d.        Ragaan Pasukan.

e.         Misi, Visi dan Wawasan.

f.         Lagu Pasukan.

g.         Wow Factors”.


1-2

3-4

4-5

6

6

7

8-10
2.      
Struktur Kekuatan

a.         Pegawai Memerintah dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Pasukan.

b.        Operasi.

c.         Latihan.

d.        Sukan.

e.         Adat Resam dan Budaya.


11-15


16-19

20-22

23-26

27­-29


(a)
(b)
(c)
3.      
Kesiapsiagaan Semasa

a.         Teras Utama Operasi.

b.        Teras Utama Latihan.

c.         Teras Utama Pentadbiran.


29-30

30-31

31
4.      
Penutup

32



PENGENALAN

SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN

1.      Tujuan penubuhan adalah seimbang dengan dasar kerajaan untuk membesarkan Angkatan Tentera Darat khasnya. Pada masa itu juga, kerajaan negeri Sarawak berkehendakkan sebuah Batalion Infantri yang mana anggota-anggota terdiri daripada rakyat Sarawak sendiri. Kehendak itu tidak dapat dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan tetapi sebaliknya menubuhkan pasukan ini dengan anggota-anggota campuran dari semua Pasukan Renjer pada masa itu.

2.      Pasukan ini telah ditubuhkan pada 1 Mac 1973. Seramai 500 rekrut rakyat Sarawak telah dipilih untuk mengikuti latihan intensif di Kem Wellington, Terendak, Melaka mulai 12 Mac 1973 hingga 4 September 1973 selama 6 bulan. Semasa latihan, anggota-anggota rekrut terdiri daripada anak-anak tempatan dan tiada sebarang masalah yang timbul. Upacara tamat latihan telah diadakan di Kem Wellington, Terendak, Melaka dan tabik hormat telah diambil oleh DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 4 September1973. Dengan tamatnya latihan asas rekrut itu maka pusat latihan 8 Renjer telah dibubarkan. Pasukan telah diisytiharkan sebagai Batalion Kelapan Rejimen Renjer dan LEFTENAN KOLONEL MOKTHAR BIN ISMAIL sebagai Pegawai Memerintah yang pertama.

3.      Pada 1 Januari 1987, pasukan ini telah diberi mandat sebagai pasukan infantri pertama dalam sejarah Tentera Darat untuk ditukarkan dari Batalion Infantri Biasa ke Batalion Infantri Para. Keanggotaannya adalah terdiri daripada anggota-anggota asal batalion ini dan juga anggota-anggota dari batalion-batalion Renjer yang lain secara sukarela. Program pengubahsuaian dari Batalion Infantri Biasa kepada Batalion Infantri Para telah berjalan dengan lancar sehinggalah batalion ini menerima taraf operasinya sebagai Batalion Payung Terjun pada bulan Julai 1990.


1
4.      Seterusnya pada 10 Oktober 1994, Pasukan ini bersama-sama pasukan-pasukan lain di bawah naungan 10 Briged (Para) telah diisytiharkan sebagai elemen darat Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dengan penyampaian beret merun oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad semasa penutup Eksesais Halilintar Siri 1/94 di Lapangan Terbang Padang Mat Sirat, Langkawi.

5.      Lokasi Penempatan Pasukan. Lokasi penempatan pasukan adalah seperti berikut:

a.       Kem Wellington, Terendak, Melaka
-
1 Mac 1973 hingga Oktober 1973.



b.       Kem Tasik Mas, Bau, Sarawak
-
November 1973 hingga Julai 1974.



c.       Kem Wong Padong, Sri Aman, Sarawak
-
Julai 1974 hingga Disember 1974.



d.       Kem Semanggo, Kuching, Sarawak
-
Januari 1975 hingga Disember 1976.



e.       Kem Syed Putra, Ipoh, Perak
-
Januari 1977 hingga November 1981.



f.        Kem Oya, Sibu, Sarawak
-
Disember 1981 hingga November 1984.



g.       Kem Wellington, Terendak, Melaka
-
November 1984 hingga sekarang.




Gambar 1.1. Pintu masuk kem pasukan di Kem Wellington, Terendak, Melaka.



2

LAMBANG PASUKAN

6.      Batalion ini menggunakan lambang yang standard sebagaimana lain-lain batalion di dalam Kor Renjer. Namun demikian, terdapat sedikit perbezaan, iaitu angka lapan (8) dan lambang sayap penerjunan. Cogankata batalion ini adalah AGI IDUP AGI NGELABAN.






7.      Pengertian Lambang Pasukan. Lambang ini berbentuk perisai dengan berlatarbelakangkan warna merun serta warna hijau dan merah sebagai pelapik kepada lambang RRD yang tersergam indah di tengah-tengah, menjunjung mahkota DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Sayap penerjunan melambangkan ia sebagai pasukan Para dengan moto rejimen AGI IDUP AGI NGELABAN tercatat teguh di sebelah bawah sementara sudut atas kiri tentera angka roman VIII yang melambangkan pasukan 8 RRD (Para).

a.       Mahkota DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Letaknya di kemuncak lencana, melambangkan RRD tetap taat, setia dan jujur kepada DYMM serta menggambarkan kesediaan berkhidmat dan bekorban untuk Raja dan Negara. Tulisan Allah di dalam mahkota memberi pengertian bahawa RRD patuh kepada tuhan yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan RRD sentiasa mengharapkan limpah rahmat Allah SWT serta berkat daulat Seri Paduka Baginda di dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab.

b.       Keris Bersilang Duku Ilang. Memberi makna kualiti perajurit RRD. Dua senjata melambangkan cantuman dua kualiti iaitu kehandalan dan kegagahan dengan menggabungkan dua Nusantara iaitu Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak menjadi satu rumpun bangsa.

3
 

c.       Sayap Penerjunan. Sayap penerjunan ini melambangkan bahawa 8 RRD (Para) merupakan sebuah Pasukan Payung Terjun dan mampu melaksanakan segala tugas tidak mengira siang ataupun malam dalam apa jua keadaan sekalipun.

d.       Kalung Bunga Padi. Mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk melambangkan sikap perajurit serba handal, gagah, bersemangat dan hanya menunjukkan kepintaran dan kegagahan pada masa yang diperlukan.

e.       Pelapik Hijau dan Merah. Pelapik hijau dan merah yang melambangkan 8 RRD (Para). Warna hijau bererti sedia untuk berjuang dan warna merah bersedia menghadapi sebarang cabaran.

f.        Cogan Kata. Agi Idup Agi Ngelaban membawa pengertian selagi ada hayat, selagi itu sedia berjuang dan berkorban. Cogan kata ini menjadikan 8 RRD (Para) sanggup bergadai nyawa dan terus hidup dalam perjuangan yang tidak mengenal erti kalah dan berpantang undur malah akan terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

PANJI-PANJI PASUKAN

8.      Panji-panji merupakan suatu penghormatan negara yang dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada Rejimen/Kor dari Perkhidmatan Tentera Darat, Perkhidmatan Tentera Laut dan Perkhidmatan Tentera Udara. Sejarah mengakui bahawa pentingnya panji-panji dalam mengekalkan semangat, moral dan identiti sesuatu perkhidmatan dan pasukan. Perkataan panji-panji berasal daripada bendera yang digunakan oleh sesuatu ketumbukan angkatan tentera pada zaman dahulu. Tujuan bendera yang berwarna-warni dibawa ke medan perang adalah sebagai lambang kekuatan dan kuasa raja bagi sesuatu pasukan/ketumbukan dan juga sebagai tanda kedudukan ketua atau panglima perang yang menguasai sesuatu ketumbukan.  


4


9.      Panji-panji juga amat penting bagi mereka untuk mengenal pasukan mereka sebagai penanda, perangsang dan pembakar semangat kepada semua peringkat anggota yang berada di dalam medan perang. Panji-Panji ini akan sentiasa dipertahankan sehingga titisan darah terakhir dan tiada perbuatan yang lebih hina kepada sesuatu pasukan tentera dari membiarkan panji-panji itu jatuh ke tangan musuh. Penganugerahan Panji-panji kepada sesebuah pasukan adalah sebagai mengenang jasa, perkhidmatan cemerlang oleh perkhidmatan dan pasukan kepada negara dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara sentiasa terjamin.










10.    Pasukantelah dikurniakan panji-panji Rejimen pada 29 Jun 1999 yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Ibnu Almarhum Syed Hassan Jamalullail selaku Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer ketika itu. Perbarisan penganugerahan panji-panji tersebut telah dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan 8 RRD (Para), Kem Terendak, Melaka. Lt Kol Ranjit Singh Ramday selaku Pegawai Memerintah pasukan ketika itu diberikan penghormatan sebagai Ketua Perbarisan manakala Lt M Elnizam bin Elias sebagai Pegawai panji-panji. Upacara pemasyhuran ini menyaksikan penglibatan seramai 26 orang Pegawai dan 595 anggota LLP di dalam perbarisan penganugerahan panji-panji ini.






RAGAAN PASUKAN

11.    Ragaan Utama pasukan adalah “Piala KDYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail”. Bentuknya yang terbuka menadah itu melambangkan bahawa warga batalion ini sentiasa bersedia menerima apa sahaja tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan. Ia juga melambangkan pasukan ini akan cuba sedaya upaya mereka untuk berada di barisan hadapan dan di puncak kejayaan dalam segala aktiviti yang disertai.












MISI, VISI DAN WAWASAN PASUKAN

12.    Misi. Menjadi sebuah batalion aturgerak cepat yang mampu diaturgerakkan dengan pantas melalui darat, laut ataupun udara, melaksanakan tugas secara bersendirian atau sebagai sebahagian daripada angkatan bersama atau gabungan dalam semua aras konflik serta mampu membantu pihak berkuasa awam menjaga keamanan dalam Negara dengan cekap dan berkesan.


6
13.    Visi. Menjadi sebuah Batalion Infantri Para yang terbaik di dalam 10 Bgd (Para).

14.    Wawasan. Menyediakan batalion yang mantap, terlatih dan sentiasa bersiapsiaga tinggi yang mampu diaturgerak untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab melalui latihan bersistematik dan berkualiti.


LAGU PASUKAN

15.    Lagu Pasukan diberi tajuk “Perajurit 8 RRD (Para)” yang bertujuan untuk memberi semangat kepada warganya. Lagu ini juga telah menggambarkan keseluruhan pegawai dan anggota pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berjuang mempertahankan tanah air tercinta. Lirik dan lagu dicipta oleh 1025313 Sjn Aziz bin Abdullah pada tahun 1995. Lirik lagu pasukan adalah seperti berikut:

”PERAJURIT 8 RRD (PARA)”

KAMI PERAJURIT PARA
SETIA DAN TAAT SETIA
BERJUANG MENYABUNG NYAWA
BERKORBAN UNTUK NEGARA

8 RENJER NAMA DIBERI
HUTAN RIMBA KAMI RENTASI
8 PARA ITULAH KAMI
SEDIA UNTUK BERBAKTI.

SAYAP DI DADA SEBAGAI TANDA
PERAJURIT PARA MEGAH DAN BERGAYA
SETIA DAN TAAT SETIA
8 RENJER TETAP TERUS MARA.

SEMANGAT PARA TIDAK AKAN LUNTUR
JASA KAMI KAN TERUS DITABUR
WALAUPUN JASAD TERKUBUR
8 RENJER PARA TETAP TIDAK UNDUR.

7
 











WOW FACTORS

16.    Dataran Parawood yang terletak di dalam Kem 8 RRD (Para) merupakan satu tempat yang dilengkapi dengan pelbagai fasilitas seperti Menara Serbaguna, Tempat Latihan Penerjunan Statik, dan satu dataran yang digunakan sebagai tempat demonstrasi kepada pelbagai aktiviti lawatan. Dataran ini juga telah didaftarkan sebagai satu Zon Gugur (ZG) bagi terjunan bebas (Free Fall) untuk tujuan latihan dan demonstrasi. Dataran ini juga merupakan satu kebanggaan kepada warga 8 RRD (Para) khasnya dan warga 10 Bgd (Para) amnya kerana ianya telah menjadi satu tempat yang sering digunakan bagi tujuan demonstrasi lawatan-lawatan besar untuk menunjukkan kebolehan dan kemampuan tempur warga 10 Bgd (Para). Di dataran ini terdapat sebuah bukit yang dipanggil “Bukit Parawood” dan dipuncaknya terpasak sebuah perkataan “Parawood”.

17.    Dataran yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai fasilitas ini  sesuai dilaksanakan pelbagai latihan seperti Kawat Tempur Platun, Menduduki Pertahanan bagi latihan CW, Pendaratan bagi Penerjunan Bebas, latihan Fast Roping, Spie Rig, Pendaratan Udara menggunakan helikopter (Hoover Jump), Latihan Renang Tempur di Kolam Keselamatan Menara Serbaguna, Latihan Abseilling, Repalling, dan lain-lain lagi.




STRUKTUR KEKUATAN

PEGAWAI MEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR) PASUKAN

11
 

18.    Senarai Pegawai Memerintah adalah seperti berikut:

Bil
Gambar
Nama Peg Memerintah
Tahun Khidmat
(a)
(b)
(c)
(d)
1.
Lt Kol Mokhtar bin Ismail
4 September 1973 hingga 1 Julai 1974
2.
Lt Kol Raja Abdul Rashid bin Raja Badizaman
2 Julai 1974 hingga 1 Januari 1976
3.
Lt Kol Sulaiman bin Kudus
2 Januari 1976 hingga 26 Disember 1977
4.
Lt Kol Khairudin bin Shaarin
27 Disember 1977 hingga 6 Ogos 1978
5.
Lt Kol C. A. Loone
7 Ogos 1978 hingga 30 Jun 1980
6.
Lt Kol Wan Mohamed bin Ahmad
1 Julai 1980 hingga 31 Disember 1981



(a)
(b)
(c)
(d)
7.
Lt Kol Vethakan Pakian Nathan
1 Januari 1982 hingga 31 Januari 1984
8.
Lt Kol Pak Wan Chek bin Hashim
1 Februari 1984 hingga 31 Disember 1986
9.
Lt Kol Muhamad Afifi bin Hj Kasim
1 Januari 1987 hingga 13 Ogos 1989
10.
Lt Kol Aziz bin Rashid
14 Ogos 1989 hingga 12 Januari 1992
11.
Lt Kol Awie bin Suboh
13 Januari 1992 hingga 30 Jun 1994
12.
Lt Kol John Derick @ Osman bin Ab Jalil
1 Julai 1994 hingga 30 Jun 1996
13
Lt Kol Ranjit Singh Ramday
1 Julai 1996 hingga 3 Disember 1999

12

(a)
(b)
(c)
(d)
14.
Lt Kol Toh Choon Siang
10 Oktober 1999 hingga 2 Julai 2002
15.
Lt Kol Shaari bin Baba
3 Julai 2002 hingga 29 Julai 2004
16.
Lt Kol Lim Kiat Choy
30 Julai 2004 hingga 1 Ogos 2006

17.
Lt Kol Khalid Sah bin Hamzah
2 Ogos 2006 hingga 14 Januari 2008
18.
Lt Kol Zainuddin bin Mustafa
15 Januari 2008 hingga 30 Jun 2008
19.
Lt Kol Rosli bin Hj Bahrun
1 Julai 2008 hingga 3 Ogos 2010


20.
Lt Kol Ivan Lee Synn Leng
4 Ogos 2010 hingga 15 Julai 2012

13

(a)
(b)
(c)
(d)
21.
Lt Kol Norulhisyam bin Md Shuib
16 Julai 2012 hingga 15 Julai 2014
22.
Lt Kol ‘Akasah bin Mastar
16 Julai 2014 hingga 10 Januari 2017
23.








Lt Kol Muhammad Samzie bin Gusang
11 Januari 2017 hingga Sekarang

19.    Senarai nama SMR 8 RRD (Para) adalah seperti berikut:
                                                                                 
a.
202247 PW 1 Yassin bin Kassim
-
1 Mac 1973 hingga 14 April 1973.




b.
10476 PW 1 A. Rahman bin Sharif
-
15 April 1973 hingga 15 Oktober 1976.




c.
202341 PW 1 Md Yusuf bin Ali PJK
-
16 Oktober 1976 hingga 2 Julai 1980.




d.
925648 PW 1 Tahir bin Osman
-
3 Julai 1983 hingga 23 Disember 1984.




e.
19516 PW 1 Aziz bin Kancil PJK
-
24 Disember 1984 hingga 12 Mei 1992.




f.
1028986 PW 1 Mohd Ezzaudin bin Abdullah
-
13 Mei 1992 hingga 20 Disember 1993.




g.
1015418 PW 1 Ali bin Abd Hamid
-
21 Disember 1993 hingga 31 Julai 1995.




h.

14
1025079 PW 1 Che Harun bin Husin
-
1 Ogos 1995 hingga 2 November 1999.
i.
1032318 PW 1 Zulkhairi bin Ayob
-
3 November 1999 hingga 11 Jun 2000.




j.
1063912 PW 1 Ahyad bin Hj Ahmad
-
12 Jun 2000 hingga 8 Ogos 2002.




k.
532953 PW 1 Roslan bin Saad
-
9 Ogos 2002 hingga 12 Februari 2005.




l.
1083884 PW 1 Lasim bin Galida
-
15 Februari 2005 hingga 20 Jun 2006.




m.
1083359 PW 1 Azman bin Mohd Arif
-
20 Jun  2006 hingga 9 November 2007.




n.
1084172 PW 1 Ramlee bin Salleh
-
10 November 2007 hingga 18 Januari 2010.




o.
1091781 PW 1 Abdul Razak bin Omar
-
19 Januari 2010 hingga 19 Jun 2012.




p.
1083060 PW 1 Mohd Idham Daniel bin Abdullah
-
20 Jun 2012 hingga 7 Oktober 2015.




q.
1112738 PW 1 Mushaidi bin Ismail
-
7 Oktober 2015 hingga 13 Jun 2016.




r.
1124206 PW I Basil Ak Ajon
-
13 Jun 2016 hingga sekarang.



OPERASI

20.    Sejak penubuhan pasukan sehingga sekarang, pelbagai penugasan telah dipertanggungjawabkan dan antaranya adalah membenteras pengganas komunis. Berikut adalah beberapa kejayaan operasi yang telah dilaksanakan.

a.       Op Parang 12. Operasi yang diketuai oleh Lt Kol Raja Abdul Rashid bin Raja Badiozaman ini telah dilaksanakan pada 30 Ogos hingga 12 Dis 76 di sekitar Lundu, Sarawak. Semasa op ini dilaksanakan, Platun Unit Combat Intelligence Section or Squad (UCIS) 8 Renjer telah berjaya membunuh seorang ketua PGK bernama Lee Lip Fun setelah mengesan jejak musuh selama 16 hari di kawasan Lundu Sarawak pada 9 Okt 1976.




b.       Op Tanduk 4. Operasi yang diketuai oleh Lt Kol Khairuddin bin Shaari ini bermula pada 24 Dis 77 hingga 23 Jan 78 di sekitar kawasan Gopeng, Perak. Pada 26 Dis 77, satu kumpulan 8 Renjer telah bertembung dengan musuh dan berjaya membunuh seorang PGK di kawasan Gopeng, Perak. 


c.       Op SETIA 12. Operasi yang dilaksanakan di sekitar kawasan Batu Tumpul, Perak bermula pada 8 Jun hingga 5 Jul 78 telah diketuai oleh Lt Kol Khairuddin bin Shaari. Semasa operasi ini dilaksanakan pada 19 Jun 78, Platun UCIS 8 Renjer sekali lagi telah berjaya mengesan sekumpulan musuh di kawasan Batu Tumpul, Perak dan telah berjaya membunuh seorang PGK perempuan bernama Lip Foh, isteri kepada Pengganas Komunis Cheong Kuan, iaitu Ketua Kumpulan 10 AWF.



d.       Op SETIA 5. Operasi ini bermula pada 1 Mei hingga 14 Jun 79 di sekitar kawasan Korbu, Perak. Pada 1 Jun 79, Komp C bersama Platun UCIS dibawah perintah Kapt Othman telah mengesan sekumpulan musuh di kawasan Korbu, Perak dan telah berjaya membunuh 5 orang PGK serta merampas senjata dan kelengkapan musuh di dalam pertempuran yang berlarutan selama 5 hari.







e.       Op SETIA 1/80. Operasi ini bermula pada 3 Jan hingga 31 Mac 80 dan diketuai olej Lt Kol C.A. Loone di sekitar Chemor/Tanah Hitam, Perak. Pada 25 Mac 80 kumpulan 8 Renjer telah berjaya membunuh seorang PGK di kawasan Chemor.


















f.        Op Gawai. Operasi ini telah diketuai oleh Lt Kol Wan Mohammad bin Ahmad bermula pada 16 hingga 30 Jun 81 di sekitar kawasan Ulu Sg Anap, Sarawak. Pada 25 Jun 81, kumpulan 8 Renjer telah berjaya membunuh seorang PGK bernama Ling Kui Mei @ Wai Chuen di kawasan Ulu Sg Anap Sibu, Bahagian Keempat, Sarawak.


g.      Op Daulat Feb 2013. Pasukan telah terlibat di dalam Op Daulat mulai 13 Februari hingga 29 Jun 2013 di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah menentang penceroboh Sulu. Di atas kejayaan serta penglibatan pasukan ini, pasukan telah dianugerahkan Battle of Honour Op Daulat Feb 2013 pada 11 Ogos 17.


LATIHAN





21.    Latihan yang telah dilaksanakan oleh pasukan menumpukan latihan individu dan kolektif. Latihan individu menumpukan kepada meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran individu dalam menjurus kepada spesifikasi tugas masing-masing selaras dengan keperluan anggota tentera yang professional. Latihan kolektif pula meningkatkan kerjasama sepasukan, pasukan bantuan tempur serta bantuan perkhidmatan untuk mengoptimumkan sumber tenaga manusia dan aset-aset secara efisyen dan efektif. Eks Kanopi Kenyalang merupakan latihan kolektif di peringkat batalion yang mana dilaksanakan setiap tahun bagi menguji kecekapan setiap paratrooper agar mahir dalam operasi paracut. Selain dari itu, pasukan juga telah terlibat di dalam latihan-latihan bersama tentera negara luar termasuk Five Power Defence Arrangement (FPDA). Antara eks yang telah dilaksanakan iaitu:

a.      Eks HARINGGAROO. Telah dilaksanakan di Kota Belud, Sabah pada 24 hingga 25 Mei 90 bersama Tentera Australia. Eks ini berkonsepkan operasi paracut.















Gambar 2.8. Anggota 8 Renjer bergambar kenangan bersama tentera Australia semasa Latihan HARINGGAROO.


b.      Eks SUMAN Warrior 1/90. Pasukan telah terlibat dalam Eks SUMAN Warrior 1/90 bersama tentera dari Negara Singapura, United Kingdom, Australia dan New Zealand di Kem Desa Pahlawan, Kelantan.


c.       Eks SUMAN Warrior (CPX) 1/2001. Pasukan telah terlibat dengan Eks SUMAN Warrior bersama negera FPDA di Brisbane, Australia mulai 13 hingga 27 Okt 01. Eks berkonsepkan Command Post Exercise (CPX). 


d.        Eks WIRA EAGLE. Pasukan telah melaksanakan latihan bersama United State Marine Corp, USMC di Sungai Lembing, Pahang mulai 21 hingga 28 Jun 02. Eks berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi (PMI).














Gambar 2.11. Wakil anggota tentera daripada USMC sedang ditaklimatkan sebelum melaksanakan latihan.

e.      Latihan WIRA EAGLE / CARAT Siri 1/2009. Latihan bersama USMC di Kemaman pada 22 hingga 26 Jul 09. Latihan ini melibatkan 1 Komp yang melaksanakan cross training bagi latihan CIW dan Survival.



SUKAN

22.    8 RRD (Para) telah membuktikan kecemerlangan di dalam pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan. Bukti kejayaan 8 RRD (Para) juga telah ditunjukkan dengan berjaya memenangi Piala Morgan (kini dikenali sebagai Piala Pengerusi Kor) sebanyak 4 kali (2005, 2006, 2007 dan 2017). Pada tahun 2017 juga merupakan tahun kebangkitan dalam acara sukan pasukan. Kejayaan merampas kembali Piala Pengerusi Kor pada tahun 2017 membuktikan pasukan memandang serius tentang pembangunan sukan di pasukan. Selain itu, pasukan juga terlibat dengan acara sukan lasak seperti Pertandingan Kembaraduga, Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK), Tinju serta Seni Mempertahankan Diri (SMD) dan telah mencatat beberapa keputusan yang membanggakan di Peringkat Bgd mahupun Darat. Berikut adalah antara sukan yang telah menaikkan nama baik pasukan.

a.     Bola Tampar. Sukan Bola Tampar pernah merakamkan kecemerlangan di antara tahun 2001 hingga 2003 apabila telah menjadi johan di Peringkat Bgd pada tahun 2001 dan 2003, manakala pada tahun 2002, telah menjuarai di peringkat Kor. Sebagai rekod juga, pasukan telah berjaya menjuarai sukan ini di peringkat Kor pada tahun 1995. Pada ketika ini, pasukan berjaya diklasifikasikan antara kuasa besar sukan Bola Tampar di Peringkat Kor apabila dinobatkan sebagai johan dua tahun berturut-turut pada tahun 2016 dan 2017.


b.     Tinju. Sukan tinju merupakan sukan tradisi bagi Tentera Darat. Pasukan juga telah merakamkan kejayaan yang agak cemerlang di dalam sukan ini di peringkat Bgd. Sebagai rekod, pasukan telah berjaya menjuarai sukan tinju pada tahun 2001 dan yang terbaru pada tahun 2017. Kejayaan dinobatkan sebagai johan pada tahun 2017 ini merupakan detik kebangkitan bagi sukan ini setelah sekian lama tidak mencapai kejayaan cemerlang seperti ini.


c.     Seni Mempertahankan Diri (SMD).  Pasukan telah merakamkan kemenangan yang berharga dan menjuarai acara SMD di Peringkat Bgd pada tahun 2017. Kemenangan pada tahun 2017 ini sangat berharga kerana kali terakhir pasukan menjurai acara ini adalah pada tahun 2004.










pada tahun 2017.
d.     Kembara Duga. Pasukan telah dipilih untuk membawa cabaran 10 Bgd (Para) sebagai pasukan jemputan ke pertandingan Kembaraduga peringkat Medan pada tahun 2009 di Sabah. Pertandingan yang sangat menguji ketahanan mental dan fizikal ini terdiri daripada beberapa acara seperti berakit sejauh 40 km, Jalan Laju sejauh 40 km, mendayung sejauh 40 km, pandu arah sejauh 40 km dan menembak. Pasukan telah membalas kepercayaan dan dinobatkan sebagai johan keseluruhan pada pertandingan tersebut.
Gambar 2.16. Pasukan 8 RRD (Para) yang mewakili Formasi 10 Bgd (Para) telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Pertandingan Kembaraduga Peringkat Medan pada 27 Julai 2009 di Sabah.


25
e.     Para Challenge. Pertandingan Para Challangemerupakan satu acaratradisi 10 Bgd (Para) yang dipertandingkan setiap tahun. Ia merupakan pertandingan yang sangat mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal setiap peserta. Disiplin yang dipertandingkan adalah penerjunan menggunakan payung terjun, jalan laju sejauh 22 km, mendaki Gunung Ledang dan pandu arah sejauh 65 km, mendayung perahu tempur dan berlari sejauh 10 km serta menembak. Pasukan yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada pasukan di bawah naungan 10 Bgd (Para) dan tim jemputan daripada Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU). 8 RRD (Para) telah menjuarai sebanyak enam tahun berturut-turut bermula pertandingan ini dipertandingkan pada tahun 2002 hingga kali terakhir dipertandingkan pada tahun 2007. 











Gambar 2.18. Acara Penerjunan Statik dari pesawat C 130 H merupakan salah satu
disiplin bagi pertandingan Para Challange.


26
f.      UKMHK. Pasukan meneruskan tradisi untuk menggungguli sukan lasak di peringkat Bgd. Acara UKMHK adalah medan untuk pasukan membuktikan keupayaan apabila telah menjuarainya pada tahun 2017. Atas kecemerlangan ini, pasukan diberi pengiktirafan untuk mewakili Tim Trup TD 1 dalam acara pasukan tempur bagi pertandingan UKMHK Peringkat Darat pada tahun 2018. Kepercayaan tersebut telah dibayar dengan kemenangan sekaligus mengetuai tim Trup TD 1 menjuarai secara keseluruhan bagi acara ini. Sebagai rekod, pasukan juga telah mencatat kejuaraan pada tahun 2000 dan 2002 di peringkat Bgd, dan juga juara keseluruhan di peringkat TD pada tahun 2018.












Gambar 2.18. Pasukan telah bertanding di dalam Kategori Tempur telah membantu Tim Trup TD 1 untuk dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi UKMHK
pada 19 hingga 23 Feb 2018 di Kem Perdana, Sungai Besi.
ADAT RESAM DAN BUDAYA

23.    Pembentukan tradisi berlandaskan ke arah tujuan dan prinsip-prinsip untuk menghasilkan kebaikan demi mengekalkan kegemilangan serta kemajuan pasukan. Sehubungan dengan ini, prinsip-prinsip terhadap pembentukan meliputi aspek-aspek berikut:

a.       Mewujudkan satu tradisi yang dapat mengekalkan dan menjamin identiti keaslian pasukan 8 RRD (Para).

b.       Mengeratkan hubungan di antara semua peringkat anggota agar dapat menimbulkan sikap dan semangat rejimental yang kuat terhadap pasukan.

c.       Menyimpan dan mengekalkan tradisi atau cara hidup bersejarah dan berdisiplin daripada hilang disebabkan peralihan masa dan peredaran zaman.


27
d.       Memupuk kesedaran kepada setiap lapisan anggota pasukan bagi mewujudkan sifat sedia berkorban dan berjuang bersama-sama.

e.       Menerapkan sikap dedikasi serta semangat keperwiraan untuk berjuang tanpa berbelah bagi demi mempertahankan maruah bangsa, kesucian agama dan kedaulatan Negara.

f.        Meninggikan taraf disiplin dan moral anggota keseluruhannya agar ia dapat member inspirasi serta semangat yang tinggi.

g.       Mendorong semua peringkat anggota untuk mengekalkan kemajuan, kejayaan dan identiti yang telah dicapai dan terbina dengan megah agar berkembang maju.

24.    Tradisi Rejimental. Tradisi berbentuk rejimental batalion ini hampir sama dengan mana-mana batalion lain. Di antara tradisi yang dikekalkan adalah seperti berikut:

a.       Tradisi Paluan Berundur. Istiadat ini merupakan salah satu daripada tradisi ketenteraan yang masih dikekalkan oleh batalion bagi memperingati Hari Pahlawan dan acara perpisahan atau perpindahan batalion ke pengkalan yang baru.













Gambar 2.19. Peg Mem ditarik keluar oleh para Pegawai dengan menggunakan kenderaan Supacat setelah bertukar keluar daripada pasukan.


28
b.       Hari Ulang Tahun Pasukan. Makan Besar Batalion. Ia merupakan satu amalan oleh pasukan ini bagi merayakan Hari Ulang Tahun Batalion di mana para pegawai akan menyajikan makanan kepada semua anggota batalion.














Gambar 2.20. Peg Mem bersama para Pegawai sedang menyajikan makanan kepada anggota 8 RRD (Para) merupakan tradisi pasukan ini.
c.       Pemakaian Pangkat. Pemakaian pangkat di padang kawad dengan dihadiri oleh semua peringkat anggota. Pemakaian pangkat ini dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah dan setelah itu pegawai atau anggota yang dinaikkan pangkat dikehendaki melakukan tekan tubi sebanyak 20 kali.












Gambar 2.21. Anggota pasukan yang dinaikkan pangkat sedang membuat tekan tubi sebanyak 20 kali semasa perbarisan pemakaian pangkat
di Padang Kawad pasukan.

KESIAPSIAGAAN SEMASA

25.    Teras Utama Operasi.


29
a.       Pengurusan operasi 8 RRD (Para) pada tahun 2018 adalah berlandaskan kepada konsep operasi yang telah direncanakan oleh MK 10 Bgd (Para). Ini bertujuan membolehkan pasukan-pasukan terlibat dapat melaksanakan pengoperasian secara teratur dan berkesan. Pasukan dikehendaki mengadaptasikan konsep operation cum training secara berterusan serta sistematik dengan memfokuskan kepada Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP).

b.       Pengarahan Force Integration Training (FIT) yang dikeluarkan oleh MK 10 Bgd (Para) dan agihkan kepada kompeni-kompeni sebelum melaksanakan operasi hendaklah dilaksanakan dan diperhalusi pada sebilang masa. Ini bertujuan latihan yang dilaksanakan dapat disesuaikan dengan persekitaran semasa. Kefahaman pelaksanaan operasi secara bersama melalui konsep joint dan combined arms perlu diberi pendedahan supaya setiap lapisan Peg dan anggota memahami pelaksanaan operasi secara menyeluruh.

c.       Penglibatan operasi 8 RRD (Para) adalah membantu kepada MK ATB 2,MK PMBTD dan MK PMTTD atas pengarahan MK TD – OPLAT dan MK 10 Bgd (Para). KTJ operasi merangkumi Pantai Timur Negeri Sabah, Zon Utara Semenanjung Malaysia dan KLIA atau mana-mana kawasan yang berkemungkinan diaturgerakkan. Penglibatan operasi 8 RRD (Para) adalah seperti berikut:

(1)     Op KOTA FOXTROT – Zon Utara Semenanjung Malaysia.

(2)     Op PASIR QRF – Pantai Timur Negeri Sabah (Selatan).

(3)     Op PASIR PERSISIRAN PANTAI – Pantai Timur Negeri Sabah (Barat).

(4)     Op AMAN – Rondaan Bersama PDRM/ATM di KLIA dan KLIA 2.

(5)     ATURGERAK KESELAMATAN – Kawalan Keselamatan Kediaman PTD.

(6)     Op KHAS KESELAMATAN NEGERI SABAH – Kem Kukusan Tawau.

26.    Teras Utama Latihan.

a.      Meningkatnya keupayaan inter-operabilitysebuah Para Battalion Combat Team (PBCT) yang berteraskan operasi gabungan.


30
b.      Meningkatnya keupayaan pasukan untuk beroperasi sebagai sebahagian dari formasi ini dalam melaksanakan operasi luar batasan.

c.       Memberi pendedahan kepada pelaksanaan Joint Operation dengan penumpuan kepada kerjasama antara Perkhidmatan tanpa berkompromi terhadap TTP sedia ada.

d.      Meningkatkan kualiti kepimpinan di setiap peringkat pemerintahan dan seterusnya menghasilkan organisasi yang lebih cohesive, dinamik dan progresif.

e.      Meningkatnya keutuhan semangat airborne brotherhood dan esprit de corp bagi memberi profil Paratroopers 10 Bgd (Para) yang berketerampilan, gagah dan digeruni.

27.    Teras Utama Pentadbiran.

a.       Mempertingkatkan keupayaan pengurusan organisasi berdasarkan pematuhan arahan dan dasar semasa melalui budaya kerja cemerlang, amalan tadbir urus yang  baik dan berinovasi.

b.       Membangunkan modal insan yang berkualiti berlandaskan spesifikasi guna tenaga yang profesional, berpengetahuan, kompeten, berakhlak mulia dan berintegriti.

c.       Meningkatkan keupayaan kesiagaan organisasi dengan menumpukan           peningkatkan sumber manusia dari aspek berkebolehan, berkeupayaan dan berkemahiran dalam pengendalian peralatan dan kecekapan sistem pentadbiran selaras dengan keperluan semasa.

d.       Membentuk keserasian ketumbukan melalui pembentukan standard bagi nilai-nilai etika, kerohanian, kejiwaan dan semangat daya juang ketenteraan.

31
 

e.       Meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup melalui peningkatan tahap kepuasan, keselesaan, keselamatan dan kemudahan asas serta aspek kebajikan kepada semua peringkat anggota.

f.        Meningkatkan kesedaran dan mengurangkan kadar pencemaran tatatertib secara berterusan melalui pendekatan preventive, corrective mahupun punitive.







PENUTUP


32
28.    Diharapkan dengan wujudnya Buku Profil ini dapat memberikan serba sedikit gambaran mengenai pengoperasian, pencapaian dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Pasukan 8 RRD (Para) sejak ditubuhkan sehingga sekarang. Semoga dengan Buku Profil ini juga dapat memberi panduan dan pengetahuan tentang sejarah pasukan 8 RRD (Para).















SEKIAN

TERIMA KASIH
















NOTA
































33
 




NOTA



































34
 


NOTA
























35
 













NOTA





























36

Dikemaskini Oleh:

Kapt Fathi kamil bin Khazali
Sjn Azman Humjak
LKpl Nicholas Vienlis bin Bato
Lkpl Muhammad Razif bin Anzeli
Rjr Jarod Jonep
 









33

3 comments:

  1. Salam sejahtera, saya 1025061 Sjn Abdul Aziz bin Mohammad ingin memaklumkan bahwa terdapat sedikit kesilapan fakta pada para 15 LAGU PASUKAN. Pencipta lagu pasukan

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera, saya 1025061 Sjn Abdul Aziz bin Mohammad ingin memaklumkan bahwa terdapat sedikit kesilapan fakta pada para 15 tajuk LAGU PASUKAN. Pencipta lagu tersebut adalah saya sendiri. Mohon pihak tuan memperbetulkan fakta tersebut.

    ReplyDelete
  3. Harap pihak pasukan dapat menghubungi saya untuk pengesahan di nombor
    014 9743688. Saya kini menetap di No.8 Kampung Changkat Jambu, Kati, Kuala Kangsar

    ReplyDelete