LAMAN UTAMA





MUTIARA KATA PEGAWAI MEMERINTAH

Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim.

            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin merafakkan syukur kehadrat Ilahi atas limpah dan kurnia-Nya, pasukan 8 RRD (Para) telah berjaya menyempurnakan Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-panji Rejimen sempena Hari Ulang Tahun (HUT) Pasukan yang ke-45 pada 17 Mac 18 yang lepas. Kejayaan menyempurnakan majlis yang gilang gemilang ini adalah hasil kerja keras semua Pegawai dan anggota 8 RRD (Para) sendiri. Saya sangat berbangga kerana dikesempatan majlis itu juga, pasukan berjaya mengumpul semula mantan-mantan Peg Mem,SMR, PTT Kanan dan veteran-veteran 8 RRD/8 RRD (Para) yang telah menjulang tinggi serta mewarnai sejarah pasukan sejak ditubuhkan pada tahun 1973. Dengan pelaksanaan majlis tersebut,maklumat yang diterima oleh mantan-mantan Peg Mem, SMR, PTT Kanan dan veteran pasukan ini, sedikit sebanyak telah dapat membantu dalam menyiapkan Buku Profil Pasukan 8 RRD (Para) ini.


i
Sememangnya, terlalu banyak sejarah yang telah mewarnai pasukan dan telah menaikkan nama baik pasukan ini. Kejayaan di dalam operasi, latihan, pentadbiran dan juga sukan telah menjadikan nama pasukan 8 RRD (Para) berada di kelas yang tersendiri ketika ini. Usaha membukukan sejarah pasukan melalui Buku Profil Pasukan ini dilihat adalah satu tindakan yang sangat positif untuk memelihara sejarah yang telah dilakar oleh pemimpin dan anggota pasukan yang terdahulu yang sekian lama dilupakan. Sekiranya sejarah ini tidak dipelihara, sudah tentu ianya sedikit demi sedikit akan hilang ditelan zaman.

Akhir kata, saya selaku Pegawai Memerintah pasukan ini berharap agar dengan adanya Buku Profil Pasukan ini, dapat menjadikan sebagai panduan dan juga benchmark kepada para Pegawai dan anggota untuk sentiasa bersemangat menjaga nama baik pasukan dan seterusnya membawa nama pasukan terus konsisten berada di puncak kecemerlangan yang menjadikan pasukan 8 RRD (Para) antara sebuah pasukan yang paling di segani di dalam Rejimen Renjer DiRaja (RRD) khasnya dan Tentera Darat (TD) amnya. Saya juga berharap agar usaha memelihara sejarah dan tradisi pasukan seperti ini akan diteruskan di masa akan datang. Sekian, terima kasih.   

Anang Skali Ngalah.






6 comments:

  1. One cheears for 8 renjer huuhaa !

    ReplyDelete
  2. Dalam 10 Bgd Para inilah pasukan yg terbaik....sejak dari penubuhan Para lagi...tidak pernah mengecewakan...akan ku kenang sampai bila2.

    ReplyDelete
  3. Terbaik...bangga jadi anak jati 8 RRD PARA..

    ReplyDelete