EKSESAIS AMAN
HORNBILL SIRI 1/2017
8
RRD (Para) telah melaksanakan eksesais Aman Hornbill siri 1/2017 yang
berkonsepkan Operasi Ketenteraman Awam (Op KA) di sekitar kawasan Blok G, Kem
Terendak, Melaka pada 17 November 2017. Eksesais ini diketuai oleh Kapt Azani
bin Ab Rani yang melibatkan seramai 4 kali Pegawai dan 109 kali LLP. Tujuan eksesais
ini dilaksanakan bagi menguji tahap kesiagaan setiap Kumpulan Tempur Batalion
dalam operasi selain peperangan (OOTW) fokus kepada ketenteraman awam (KA).
SAMBUTAN HARI RAYA
AIDILADHA
Pada
4 September 2017 bertempat di Mock Up
Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) telah diadakan sambutan Hari Raya
Aidiladha dengan membuat upacara penyembelihan lembu sebanyak 3 ekor. Upacara
tersebut dirasmikan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato` Tengku Ahmad
Fauzi bin Tengku Ibrahim. Sambutan yang melibatkan seramai 24 Pegawai dan 244
anggota LLP beragama islam dari beberapa unit dibawah naungan 10 Bgd (Para) ini
dibuat sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh umat Islam di seluruh
dunia.
EKSESAIS KENYALANG
WARRIOR SIRI 2/2017
Bertempat
di Drop Zone Simpang Renggam, Johor,
seramai 4 kali Pegawai dan 109 kali anggota LLP diterjunkan semasa Eksesais
Kenyalang Warrior siri 2/2017 yang dilaksanakan bermula 26 Jul 17 hingga 27 Jul
17. Eksesais ini bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota
dalam melaksanakan op daratan mahupun op paracut.
PERBARISAN HARI ULANG TAHUN 8 RRD (PARA) KE-44 PADA 6 MAC 2017
Pada 6 Mac 2017 bertempat di Padang Kawad Batalion Ke-8
Rejimen Renjer Diraja (Para), perbarisan menyambut hari ulang tahun pasukan
yang ke-44 telah diadakan. Perbarisan diketuai oleh Mej Elnizam bin Elias
selaku Penolong Pegawai Memerintah pasukan dan melibatkan seramai 21 Pegawai
serta 243 anggota LLP. Lt Kol Samzie ak Gusang sebagai Pegawai Memerintah
Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para) yang ke 23 dalam ucapannya telah
melahirkan rasa bangga dan mengingatkan anggota supaya mengekalkan tahap
disiplin yang tinggi.
PERBARISAN SARJAN
MEJAR REJIMEN
Pada 10 Feb 2017 bertempat di Padang Kawad pasukan,
perbarisan Sarjan Mejar Rejimen Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para)
telah diadakan dan melibatkan seramai 256 anggota LLP. PW 1 Basil ak Ajon selaku
SMR pasukan yang ke-18 dalam ucapannya mengingatkan supaya anggota sentiasa
saling hormat menghormati serta menjaga imej dan nama baik pasukan.
PERBARISAN SERAH
TERIMA TUGAS PEGAWAI MEMERINTAH
Seramai
16 kali Pegawai dan 285 kali anggota LLP Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja
(Para) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah di antara
Lt Kol `Akasah bin Mastar dan Lt Kol Muhammad Samzie bin Gusang.
Acara
ini disaksikan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Ahmad Fauzi
bin Tengku Ibrahim di Padang Kawad Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para)
pada 11 Jan 2017.
Majlis
dimulakan dengan perarakan masuk Panji-panji Rejimen yang dibawa oleh Lt Mohd
Idzam bin Abdul Jan di mana perbarisan inj melibatkan empat kontijen campuran
diketuai oleh Mej Elnizam bin Elias.
Dalam
ucapan Pegawai Memerintah 8 RRD (Para), beliau berharap agar semua warga 8 RRD
(Para) akan terus komited dan memberi sokongan kepada Pegawai Memerintah yang
baru dalam usaha menaikkan nama pasukan di masa hadapan.
Acara
diteruskan dengan upacara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan
penyerahan Tongkat Kuasa sebagai tanda peralihan tampuk pemerintahan yang
baharu serta penyampaian cendera kenangan sebagai tanda penghargaan dan
penghormatan terakhir kepada mantan Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen
Renjer Diraja (Para).
PERBARISAN PERINTAH
ULUNG
Pada 20 Januari 2017 bertempat di Padang Kawad Pasukan
telah diadakan perbarisan membaca Perintah Ulung Panglima Tentera Darat yang
dilaksanakan oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja
(Para), Lt Kol Muhammad Samzie bin Gusang. Yang melibatkan seramai 11 kali Pegawai dan 252 kali anggota
LLP.
No comments:
Post a Comment