SEJARAH PANJI PANJI
b. Ringkasan. Panji-panji Rejimen dikurniakan kepada Pasukan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atau
salah seorang dari Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sebagai wakil Baginda.
Upacara mengurniakan Panji-panji diadakan dengan penuh kebesaran mengikut adat
istiadat dan tradisi tentera. Penganugerahan Panji-panji Rejimen kepada pasukan
ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan yang paling bersejarah.
Dengan limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Kolonel Yang DiPertua Rejimen
Renjer Diraja, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah
menganugerahkan panji-panji rejimen batalion ini pada 29 Jun 99.
c. Susunan Perbarisan Kawad Penganugerahan Panji-Panji.
(1) Ketua Perbarisan - Lt Kol Ranjit Singh Ramday.
(2)
Pen Ketua Perbarisan - Mej Shaari bin Baba.
(3)
Ajutan Perbarisan - Kapt Ismar bin Ismail.
(4)
Kuatermaster - Kapt (KM) Segar al Govindasamy.
(5)
SMR Perbarisan - 1025079 PW 1 Che Harun bin Hussien.
(6)
Peg Panji-Panji - Lt M Elnizam bin Elias.
(7)
Komp Pengiring - Mej Rusman bin Sanip.
(8)
Kawalan No.2 - Mej Shafei bin Sulaiman.
(9)
Kawalan No.3 - Kapt Adzmurin bin Mat Khalib.
(10)
Kawalan No.4 - Kapt Mohd Asri bin Asmuni.
(11)
Pengawal Medan -
Pasukan 1 RRD / 7 RRD.
(12)
Ketua Kump Tambor - 1050942 Ssjn Nyaling ak Changgai.
No comments:
Post a Comment